Sunday, May 8, 2011

my 1st ever post "berseLOKA-LOCAL"

SELOKA KENANGAN 5K1

Sirih berlipat sirih pinang,                              
Sirih dari Petaling Jaya,
Pemanis kata Selamat Datang,
Awalan Bismillah pembuka bicara.

Masuk sekali dah rasa pening,
Jiran sebelah dah bagi ‘warning’,
Yang lalu-lalang menjeling-jelling
Maklum lerrr, BISING!!!!!!!!!!

31 Minah 14 Mamat,
Semuanya canggih semuanya hebat,
Ramai guru dah naik penat,
Mana taknya anak murid macam penyengat!!

Memberi nasihat tanpa henti,
Untuk kebaikan di lain hari,
Time mengajar ‘sporting’ sekali,
Cik Sharifah Aini guru kelas kami.

Kehulu-kehilir macam menteri,
Dialah Rizal ‘monitor’ kami,
Bila dipuji banggakan diri,
Gelaran Mat Poyo di kelas kami.

Bermata sepet ayu sekali,
Berbasikal ke sekolah setiap hari,
Tugasnya tak pernah sekali dilupai,
Itulah  Azrean ‘assistant’ kami.

Menjadi ‘Ah Long’ adalah kerjanya,
Mintak duit tak pandai malu bha,
Dari jauh tak nampak muka,
Bila dekat Enna Azri rupanya.

Duduk di depan tepi sekali,
Air mineral teman sejati,
Itulah dia kakak sulung kami,
Sarah Adila empunya diri.

Jejaka pilihan, saya perkenalkan,
Akram dan Naqsyabandi empunya badan,
Faris pula sebagai kawan,
Nak kata ‘hensem’ bolehlah tahan.

Jika tiada, sunyilah kami,
Jika ada, penyeri kami,
Gelaran PENGACAU sudah sebati,
Itulah dia Amirul Faezy.

Zahiruddin perasan ‘smart’,
Control ‘macho’ bila berjalan,
Wajahnya hensem bak ikan sepat,
Mengata orang dia yang hebat.

Kecil-kecil cili api,
Jangan dicabar pantang dibuli,
Nadia dan Yaya classmate sejati,
Sentiasa bersama ke sana ke mari.

Kalau tak ada sunyilah kami,
Bila ada mesti sakit hati,
Asyik menyampuk itulah hobi,
Syahrul ingin memperkenalkan diri.

Disangka Bugis rupanya Jawa,
Di sangka bengis rupanya ceria,
Dialah Atikah pengambur cerita,
Kalau takde kompem tak ceria.

Nama Eira menjadi sebutan,
Markah ujian orang sentiasa nak lawan,
Haziqah pula menjadi kawan,
Agak pendiam, entah-entah ada sawan.

Sekali pandang comel orangnya,
Jaga-jaga sudah berpunya,
Sanggup berkorban demi cintanya,
Nur Fazirah diberi nama.

Gaya lagaknya seperti ‘gangster’,
Berbadan kecik bertubuh sasa,
Bab merapu memanglah terer,
Fawwaz Hanif diberi nama.

Putih berseri Siti Fasihah,
Dilihat cantik bak Lady Gaga,
Pabila ditanya adui pelannya suara,
Pabila ketawa ui, cepat tutup telinga!!

Khalilah dan Fatin Amira dua sekawan,
Suka ketawa tak kira masa,
Sudah bersahabat berzaman-zaman,
Kalau bertengkar berbaik semula.

Bila cikgu ada fokuslah kononnya,
Bila cikgu keluar kecoh dibuat mereka,
Sape lagi kalau bukan mereka berdua,
Eiqa dan Piqah lah orangnya.

Jawatan pengawas Saifullah pegang,
Seorang budak yang sangat terbilang,
Sekali tengok sedap mata memandang,
Dua kali tengok cair pula hati yang memandang!!

Hidayah dan Liyana nama diberi,
Dua pelajar sehati sejiwa,
Suka makan coklat Cadbury,
Tak kira di mana jua.

Si Kyna ‘cute’ orangnya,
Bersopan santun dan baik pula,
Senyuman tak lekang dari bibirnya,
Kalau terpandang, adoi tergoda!!

Dalam kelas bising orangnya,
Suka bercakap tak henti-henti,
Itulah Aliah diberi nama,
Kalau tiada, kelas terus senyap sunyi.

Dari Kelate itulah asalnya,
Peminat Maher Zain begitulah kononnya,
Kalau nak tahu siapa gerangannya,
Muhd Hanif lah orangnya.

Bermata bulat ketika ketawa,
Bila ketawa lupa dunia,
Suka ketawa tak kira masa,
Nurul Aien diberi nama.

Ini pula Mya Sobri,
Bab fesyen memang digemari,
Celak tak penah lekang di jari,
Bajet nak cantik macam puteri!


Kemana-mana mesti bersama,
Tidak kira ke mana sahaja,
Seorang Eiyda, seorang Ryna,
Menjadi rebutan ramai jejaka.

Orangnya cute tinggi sekali,
Nama Maizatul kami panggil Mai,
Lain pula cerita Patrick,
Dari Sarawak terbang ke sini.

Bila bersembang tak pandang kiri kanan,
Bila belajar dipandang pula kiri dan kanan,
Wahai Nabila sedarlah diri SPM dah nak datang,
Bacalah buku  fikirkan masa depan.

Dua, tiga kucing berlari,
Hari-hari makan Kari,
Subjek Seni subjek diminati
Nur Safiqah nama diberi.

Orangnya kecil, ‘relax’ sentiasa,
Pemalu & pendiam adalah sikapnya,
Ika Nazir diberi nama,
Syirow pula gelaran dirinya.

Sekarang ini sedang bercinta,
Bercinta dengan tingkatan 5,
Time ‘dating’ bawa kawan bersama,
Sape tak kenal, Nyna lah orangnya.

Hana & Faten Fahira nama diberi,
Mereka sungguh pendiam sekali,
Suara mereka susah nak didengari,
Mungkin ia mahal sekali..

Pergi ke sekolah sesuka hati,
Banyak mulut, banyak bunyi,
Kalau tak ada sunyilah kami,
Itulah Wahida yang ‘happy go lucky’.

Namanya Anis, parents dia bagi,
Orangnya suka tersenyum sendiri,
Lain pula si Alen ni,
Paling sporting dan comel sekali.


Berbaju biru setiap hari,
Afiffy Fyrdaus pengawas kelas kami,
Ingat ke baik, berbudi pekerti,
Perangai dia sama je macam kami.

Dua, tiga badak belari,
Mana nak sama seloka kami,
Ia sekadar penghibur hati,
Jangan disimpan di dalam hati.

Semalam terjumpa sebungkus julap,
Terjumpa dekat kedai ikan,
Jika ada salah & silap,
Harap semua dapat maafkan…. 

No comments: